Puedes modificar el texto de esta barra manualmente.
Anaksoleh~

SUAMI TELADAN.

Iman Ghazali telah mengariskan beberapa adab yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri suami unggul antaranya:

PERTAMA: MAJLIS PERKAHWINAN

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi,
Memberi makan pada hari pertama adalah wajib[wajib diadakan dan wajib dihadiri],menberi makan pada hari kedua adalah sunnah
[suatu yang tidak ditegah,dan hukum menghadirinya adalah sunnah],dan memberi makan pada hari ketiga adalah sum'ah[riya serta menunjuk-nunjuk].

Wajib mengadakan jamuan dan menghadirinya pada hari pertama adalah disisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan kenduri
perkahwinan itu wajib atau sunnah muakad.Begitu juga sunnah mengistiharkan perkahwinan dan tiada salahnya bergembira dan berseronok
dengan nyanyian dan pukulan gendang asalkan adabnya terpelihara,
Rasulullah SAW bersabda;
Bezakan antara halal dan haram[maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin]dengan suara[nyanyian yang diharuskan,zikir dan ucap tahniah]
dan pukulan gendang.


KEDUA:BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI.

Firman Allah Taala:
Gaulilah mereka dengan adab yang baik.
Ini merangkumi tutur kata yang lunak,bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami,memberi nafkah,bermesyuarat
dengan isteri dalam urusan rumah tangga,menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi.Islam juga menegah suami mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua sebagai
satu penghormatan kepada kaum hawa.
Allah berfirman:
Dan sesungguhnya mereka[isteri-isteri kamu]telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu.

Rasulullah SAW bersabda agar kita berlemah lembut dengan isteri:
Wahai Anjasyah,perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca[wanita yang sifatnya lembut]

Demikianlah Rasulullah menyifatkan kelembutan wanita.Sekiranya si suami tidak bijak sana nescaya,banyak kecelakaan yang tidak
diduga akan berlaku.

KETIGA:MERAIKAN ISTERI.

Rasulullah SAW sentiasa menjaga perasaan isteri baginda,dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra.
Rasulullah SAW bersifat keanak-anakkan ketika bersama isteri baginda.meskipun baginda seorang pahlawan di medan perang.
sememangnya sikap wanita suka dimanjakan dan dibelai oleh seorang suami,jadi seorang suami mestilah pandai meletakkan dirinya sedarjat dengan isterinya untuk mengelakkan rasa canggung dan rendah diri antara kedua pihak ketika bersama,pernah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nasai Bahawa Rasulullah SAW pernah berlumba lari dengan saidatina Aisyah,dan dalam riwayat yang lain oleh Tarmizi dam Muslim,Rasulullha bersabda:
Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut bersama isterinya.

KEEMPAT:BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU.

Apa yang dimaksudkan dengan cemburu disini ialah keperhatinan melampau suami terhadap tindak-tanduk isterinya dan telalu mengawasi gerak langkahnya.Islam menegah sifat keterlaluan dan melampau dalam menjejaki tindak-tanduk isteri dan terlalu menghidu kesilapan dan kepincangannya.
Islam menegah merisik-risik atau mengintip keaiban isteri,sehingga tertanam rasa buruk sangka terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi.
Saidina Ali pernah berkata:
"janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk terhadapnya"
Manakala sifat cemburu atau sifat perihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan digesa oleh syara' seperti sentiasa perihatin mengawasi isterinya dalam menutup aurat,menundukkan pandangan,menjaga batas pergaulan,menjaga kehormatan diri dan lain-lain lagi.
Rasulullah pernah bersabda:"sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga bersifat cemburu ,Allah bersifat cemburu[sensitif]jika seorang mukmin itu mendatangi perkara yang diharamkannya.

KELIMA:BERSEDERHANA MEMBERI NAFKAH.

Bersederhana dalam memberi nafkah maksudnya tidak terlalu bakhil dah tidak terlalu boros.perkara yang paling baik adalah yang pertengahan.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31;
"Wahai anak-anak adam!pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadah[atau mengerjakan sembahyang],dan makanlah serta minumlah,dan jangan pula kamu melampau ,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampau batas",
Demikianlah islam mendidik para hambanya.Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang sukakan keindahan dan kecantikan.Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik asalkan sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara dan tidak membazir.
Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 29;
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengam keadan yang tercela serta kering keputusan.

KEENAM:MEMBERI PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.

Seorang isteri perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci,bagaimana melayan suami, hukum-hakam solat,berpuasa,zakat,haji.hak-hak jiran tetangga,anak-anak yatim,anak yatim dan lain lagi,kerana isteri adalah yang paling rapat dengan anak-anak berbanding suami yang sebuk dengan urusan luar,akan tetapi suami adalah yang bertangguangjawab dalam menyelamatkan keluarganya
dari api neraka.

KETUJUH:BERADAB MENGAULI ISTERI.

Sebelum suami mengauli isterinya[berjima],islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca bismillah serta membaca surah Al-Ikhlas dan doa-doa lain.demikian juga disunatkan melakukan perhubungan suami isteri pada malam jumaat,sepertimana
yang disabdakan oleh Rasulullhah SAW .islam juga menegah suami hanya mementingkan dirinya sahaja dalam melakukan hubungan seks sehinggga mengabaikan kepuasan isteri,sebaiknya suami bijaksana dalam membangkitkan syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai kemuncak seks.Islam juga menegah suami mengauli isteri ibarat haiwan,yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Demikianlah kehebatan islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga pekara yang bersangkutan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya untuk menjamin kebahagian kehidupan muslim.Islam juga menganjurkan suami mengauli isteri
selang empat hari sekali dan inilah yang paling sederhana.

KELAPAN:TIDAK MEMBUKA RAHSIA ISTERI.

Rasulullah SAW memuliakan rahsia kehidupan suami-isteri serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya bersama suaminya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Muslim:
"Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain.

Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipeliharadan juga melibatkan soal maruah.

KESEMBILAN:KESETIAAN.

Antara kemurniaan dalam kehidupan berumahtangga ialah kesetiaan.kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasulullah terhadap khadijah,meskipun baginda telah mengahwini aisyah yang jauh lebih muda dari khadijah.Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-muzaniah pernah datang menemui rasulullah,Aisyah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita tersebut yang membuatkan rasulullah menyambutnya sedemikian rupa.
Rassulullah menjawab:"Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama khadijah,lantas aisyah berkata:"tiada wanita yang aku paling cemburui diantara wanita di alam maya ini melainkan saidatina khadijah" .Rasulullah sering mengingati khadijah,sehingga aisyah mengeluh seakan tiada wanita lain di dunia ini melainkan khadijah.
Lantas Rasulullah menjelaskan kepada aisyah:
"Khadijah adalah wanita yang paling mulia dan bijak sana.Dia beriman denganku disaat semua manusia kufur denganku,ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku,ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kufar menyekatku".

Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama khadijah dan kesemua anak rasulullah adalah dari benih khadijah.Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama khadijah dan baginda tidak mengahwini wanita lain selama baginda bersama khadijah,
kecuali setelah khadijah dijemput tuhan barulah rasulullah mengahwini saidatina aisyah.Ini semualah yang menyebabkan ingatan rasulullah terhadap khadijah terlalu kukuh sehinggakan menyebabkan aisyah merasa cemburu.


HUKUM BERSALAM

Fatwa terkini Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat): dalam bab bersalaman dengan wanita:

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.


4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.

Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa
Semasa).bab wanita dan
kekeluargaan

sekian


APA ITU SAKA.

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.


KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.


Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka


Wahai sahabat yang ikhlas...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT & SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN KITA S.A.W.YA ALLAH, BERKATILAH KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA...“Segala puji-pujian hanya layak bagi-Mu, Ya Allah . Yg menghidupkan aku hari ini utk terus dapat melihat alam ini.”
“Allah itu Amat Pengasih terhadap semua makhluknya. Dan Allah mewajibkan agar kita berkasih sayang sesama manusia (Ukhuwwah Fillah)"
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAH...

Apa khabar wahai saudaraku muslimin muslimat, Semoga sihat hendaknya disamping menjalani tanggungjawab seharian..Di dido’akan agar antum semua diredhai dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Insya-Allah.... Cabaran yang kita hadapi adalah dugaan bagi menguji tahap kesabaran kita..serta melihat sekuat dan sejauh mana keimanan kita....Moga kita semua di berikan kekuatan di dalam menghadapi ujian, mehnah dunia ini...dan dipermudahkan urusan..Amin...

Dikesempatan ini ana ingin memohon maaf di atas segala kesilapan samada yang disedari atau tidak.Juga jika mssg /email ni terlalu panjang. (kalau tak sempat baca boleh sambung2 baca email ni he.he.. ) Selain tu mintak maaf juga jika terlewat balas email/tak balas dan sebagainya.. kepada yg memberikan email berbentuk.... article Islamic..yg memberi maklumat ..renungan dan lain-lain tu...TERIMA KASIH..Moga Allah meredhai dan menerima amalan kita di dunia ni...... Jazakallahu khairan..kathiran.


Pesanan @ ingatan bersama:
-Mari kita memaartabatkan Takwim Islam (Kalender ISLAM/Hijrah) kerana kita lihat ramai antara kita yang tidak mengingati hari bulan di dalam kalender Hijrah. Hari ni berapa hari bulan dlm tahun Hijrah?

-Bersama mendidik dan mengawal nafsu..kerana nafsu itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan....khususnya nafsu Amarah..

-Media elektronik ( internet ) blh digunakan sbg saluran utk amar ma’ruf nahi mungkar...betul tak?

-Akhlak amat penting dlm Islam...kalau ilmu tinggi tetapi tak baik tingkah laku..tak ok jugak kan.. so...sama-sama kita bentuknya..Insya-Allah...

-Jom kita jauhi rokok..he.he..pasal dia merbahayakan kesihatan..Tak caye? tanye doktor hm...cakap pasal rokok ni ada satu petikan yg ana ambil dr majalah sekolah dulu2...baca yea...

( ROKOK )
Kata doktor : “ Rokok adalah pembunuh”

Amaran kerajaan : “Merokok Membahayakan kesihatan”

Keputusan Majlis Fatwa: “Menghisap rokok-HARAM” ( Wallahu’alam )

Kata penagih rokok : “Wanita tidak merokok tetapi mati juga”

Kata penanam tembakau: “Kami rasa serba salah itulah pencarian kami tanah kami sesuai utk menanam tembakau.”

Kata yg berhenti rokok: “Gantikan rokok dgn minum air Yasin”
Berjanjilah semua utk tidak merokok.

Kata Pengilang Rokok: “ Usahlah bising . Hari demi hari kilang kami semakin besar. Hasil kami semakin bertambah.”

(Walau bagaimanapun..perubahan perlulah dgn perlahan-lahan... tul tak...so yakinlah anda mampu melakukannya..anda mampu tuk berhenti..Insya-Allah..but up to u.. )

-Sahabat yang baik adalah yg sentiasa membantu kita utk melakukan kebaikan juga sentiasa menegur kesalahan kita (kalau salah tolong le tegur kiter yeak)

-Dengan mengingati Allah hati kan tenang.....jom kita sama2 mengamalkan zikir tasbih dan sebagainya agar ketenangan ditemui..Insya-Allah..

-Aurat kite kena jage bebaik...khususnya kaum muslimat.....labuhkan tudung hingga menutupi dada...

-Utk yg suka chat...kita cuba gunakan dia ke arah kebaikan Insya-Allah....dan kalau rajin/sudi tu jenguk/singgahle di # ikhlas & #mukhlisin ( server webnet – tu # ana :) ( selain tu jom kita sopport # yg berunsurkan Islamic dan ilmiah ..spt surau, masjid, lembahnil, amaneh, madiwa, taubat, ilmu, ghadir dll....yg tak disebutkan... Juga pesanan buat member2 di perantauan....yg duk kat cairo ke ..dll..tu..kalau chat jgn sampai lupa semua nya.he.he..yea la...chat2 gak but study ...... hm...kalau tak timbul problem tu lain citer...but sekiranya dah ada cabaran ...disebabkan irc dll tu jadikan ia sbg ingatan di masa akan datang ok..Insya-Allah

-Tak dilupakan juga nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK yang akan kita temui Insya-Allah pada bulan 11 ni

-Jadikan add hp ni sebagai simpanan utk dibuka dan dijadikan panduan buat kita insya-Allah... ( kalau ade add hp yg bermanafaat dan ilmiah...leh le kasi kat ana yea)
tazkirah.cjb.netmembers.tripod.com/muzakarah//fin97.tripod.comalmawaddah.cjb.netislamika.tripod.comharakahdaily.comsedar.cjb.net

-Sahabat2..di sini ana nak kongsi pengetahuan / kegembiraan iaitu ..ana tlh menjumpai beberapa buku yg menarik dan byk faedahnya jika kita memanafaatkannya... serta mmg ISLAMIC le...tapi buku ni kat M’sia la..dan...sekiranya sahabat2 dah menemuinya tak mengapa.. dah tuk yg belum lagi membacanya...blh le kalau nak cari buku seperti ni..( ana jumpe & borrow kat library )
Ia merupakan, “ Siri Novel Sufi” yang mempunyai berbagai tajuk ..
Terbitan Perniagaan Jahabersa , No. 15, Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor (
Tel : 07-2351602 )
email:
Antara bukunya yg ditemui tu:

Kerana cintaNya ( Noraini Abd Hamid )Aruneb binti Ishak ( Nor Atiqah Ghazali )Pengorbanan Membawa Tuah ( Nor Atiqah Ghazali )

Persoalan: (kpd yg sudi menjawab terima kasih ..Jazakallahu khair..)Kpd yg tau serba sedikit maklumat blh send to me... (tak kisah soalan yg mana satu nak jawab pun)
1) PERJUANGAN KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU DARI GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA
DI TANAH MELAYU ( M’SIA ) SELAIN PERJUANGAN UMNO DAN LAIN2 PARTI POLITIK...
2) MASYARKAT MUSLIM DI ASIA TENGGARA
3) PEMBENTUKAN KERAJAAN ISRAEL; SEJARAH DAHULU DAN SEKARANG....
4) Pendapat anda tentang sejauh mana IRC/internet memberi kesan yg positif
pd umat ISLAM?
5) DOA QUNUT....ADAKAH HANYA DI DALAM SOLAT SUBUH SAHAJA?

KONGSILAH ILMU DGN MEMBER2 LAIN..SEKALI YEA...Blh send kat member lain...Insya-Allah

HIMPUNAN KISAH-KISAH LUCU ( 3003 SENYUM )
BERKONGSI RASA DGN ORG MISKIN
Suatu hari keadaan cuaca sangat sejuk & semua org memakai baju tebal utk
menghangatkan badannya. Walau demikian. Mrk masih menggigil kesejukan juga.
Akan tetapi aneh bagi Bisyr bin Haris. Beliau tidak berusaha utk menghangatkan badannya, malah sebaliknya beliau telah menanggalkan bajunya & membiarkan dirinya kesejukan sambil menggigil.
“ Wahai Abu Nashr! Dalam keadaan cuaca yg sangat sejuk begini semua org tlh memakai & menyelimuti badannya dgn baju tebal agar tidak kesejukan. Akan tetapi sebaliknya engkau menganggalkan bajumu & tinggal dlm keadaan sejuk.” Tegur temannya.
“ Aku teringat kpd org-org miskin. Aku tidak punya wang utk memberikan
pertolongan kpd mrk, oleh krn itu aku ingin berkongsi derita bersama mereka
& ingin merasa penderitaan mereka.” Kata Bisyr.
AKU SUDAH MATI
Dua org sufi bertemu & saling mengingatkan akan kematian. Mereka adalah
Abdullah Al-Manazil & Abu Ali Al-Thaqafi.“ Wahai kawanku Abu Ali! Hendaklah engkau sentiasa bersedia utk mati.” Kata
Abdullah Al-Manazil.“ Engkau juga mesti bersedia utk itu, wahai kawan.” Balas Abu Ali Al-Thaqafi.“ Nah, ini aku sudah mati wahai kawan.” Kata Al-Manazil.Abu Ali terperanjat lalu menggongcang-goncang tubuh Al-Manazil, ternyata
beliau tlh wafat. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

CABARAN ULAMA’ MUDA DALAM PERJUANGAN ISLAM

CABARAN ULAMA’ MUDA DALAM PERJUANGAN ISLAM


Ustaz Idris Haji Ahmad
Timbalan Ketua DPP Pusat/AJK PAS Pusat 2005-2007

Sebenarnya tidak ada istilah ulama’ muda atau ulama’ tua. Yang ada ialah ulama’ akhirat dan ulama’ su’. Ulama’ ialah mereka yang mempunyai ilmu dan takut kepada Allah SWT. Walaubagaimanapun, tajuk kita pada hari ini akan memfokuskan kepada ulama’ yang terdiri daripada kalangan orang muda. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan kepada mereka ilmu sehingga mereka mampu untuk menggerakkan jamaah dan perjuangan. Di antara cabaran yang dihadapi oleh ulama’ muda ialah:


1. Cabaran Kebendaan

Oleh kerana nama pun ulama’ muda, maka sudah tentulah kita berada dalam suasana lingkungan pengaruh kebendaan yang kuat yang merantai kehidupan kita pada hari ini. Panggilan dan tarikan dunia menyebabkan kadang-kadang kita malas untuk bersama dengan perjuangan. Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang seangkatan dengan kita dilihat lebih senang dan mewah apabila mereka tidak bersama dengan perjuangan Islam.

Allah mengingatkan kita dalam Al-Quran:

“Katakanlah (wahai Muhammad): harta benda yang menjadi kesenangan di dunia adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya)” (An-Nisa’ 4:77)

2. Keluarga (Ibu bapa dan saudara mara)

Keluarga juga memberi cabaran kepada ulama’ muda untuk melibatkan diri dalam perjuangan. Ada keluarga yang memang menentang perjuangan Islam dan ada juga yang memang menyokong perjuangan PAS. Namun, perkara ini juga memberi hambatan kepada para ulama’ muda untuk bergerak aktif walaupun latar belakang keluarga bersama dengan PAS. Mereka menganggap cukup hanya dengan sokong sahaja, tidak perlu berjuang bermati-matian. Oleh sebab itu, banyak dilihat anak-anak aktivis parti yang tidak terlibat dalam perjuangan PAS. Kegemilangan hanya pada zaman ayahnya tidak menurun kepada anaknya. Manakala keluarga yang UMNO, mereka menentang habis-habisan sehingga ada yang tidak mengaku anak.

3. Isteri

Inilah yang diletakkan oleh Ustaz Fathi Yakan bahawa halangan pertama pada pendakwah ialah wanita. Bagi yang belum berkahwin, cabarannya juga wanita yang menggoda ulama’. Bagi yang sudah berkahwin, maka kerenah isteri yang tidak faham dengan tabiat perjuangan Islam. Ada yang mampu lawan, ada yang tertewas dengan isteri. Lebih-lebih lagi apabila isteri tidak faham dengan perjuangan Islam dan perkahwinan pula bukan di atas jalan dakwah. Tetapi kerana harta, cantik, akhirnya ulama’ muda kecundang di pertengahan jalan. Peringatan Allah dalam Al-Quran perlu dirujuk:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda berbentuk emas dan perak, kuda pilihan dan haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik” (Al-Imran 3:14)



4. Kejahilan Umat

Umat Islam tidak memahami tasawwur Islam yang sebenar. Mereka hanya memahami Islam dalam bentuk fahaman yang sempit. Fahaman yang menolak bahawa dalam Islam ada politik dan urusan keduniaan. Otak yang mereka faham mengenai Islam hanya berkaitan dengan mati sahaja. Urusan dunia, terpulanglah kepada manusia, asalkan nampak senang, halal haram belakang kira. Mereka menolak Islam dalam keadaan jahil. Ulama’ yang tidak tahan dengan kerenah ini akan lari daripada medan.

5. Merasa diri sudah berada dengan kerja amal Islami

Anggap bahawa mereka sudah berada dalam amal Islami. Sudah cukup dengan hanya mengajar masyarakat di sekolah atau di masjid. Cukup sekadar itu sahaja. Mereka merasa ini satu sumbangan yang telah mereka beri untuk Islam. Kita tidak menafikan bahawa kerja ini adalah sebahagian daripada amal Islami. Tetapi jika anggapan seperti ini sudah cukup, amat malang bagi ummah yang mengharapkan kepada mereka untuk memimpin masyarakat.

Firman Allah SWT:

“Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka. Maka sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”. (Al-Ankabut: 1-3)

6. Hendak membina Profesion masing-masing

Cabaran madiyyah yang melanda menyebabkan ada di kalangan ulama’ muda hendak membina profesion dalam bidang kerja sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan jamaah. Mereka telah menjadi golongan yang gugur dalam perjuangan. Ada yang menyatakan; “kami hendak dapat professor dahulu, baru hendak berjuang”. Ada yang berazam akan berjuang setelah kukuh ekonomi. Ada yang mendakwa hendak berjuang setelah kukuh dalam jawatan. Apa kata sebelum dapat professor, dia mati? Apakah jawapan yang boleh mereka berikan kepada Allah SWT? Ini bukan bermakna kita mengarahkan mereka meletakkan jawatan, tetapi sekurang-kurangnya berilah sumbangan yang boleh untuk jamaah terus maju. Kebanyakan mereka ini bukan hendak beri tenaga, malahan wang ringgit pun sukar. Walaupun gaji mereka berpuluh ribu.

7. Gangguan dari gerakan lain

Selain daripada menghadapi cabaran daripada gerakan sekular, ulama’ juga menghadapi cabaran daripada kalangan golongan yang mendakwa bahawa kita tidak perlu bersama dengan PAS kerana PAS ialah jamaah centric (menyeru manusia taksub kepada jemaah, bukan kepada Islam). Mereka menyeru supaya kita bekerja dalam bentuk Ummah centric (bukan kepada jamaah tapi kepada Islam). Kalau kita bersama dengan jamaah, bermakna kita hanya berfikiran dalam lingkungan puak kita sahaja. Dakwaan golongan ini, kalau UMNO sekalipun tidak mengapa, asalkan ia juga membincangkan masalah kebaikan ummah. PAS bukan gerakan Islam yang tertua. Tidak perlu berjamaah, nanti mati, Allah tidak tanya apa jamaah yang kamu ikut. Gerakan ini sekarang sedang menular di pusat-pusat pengajian tinggi.

Saranan mereka supaya dalam kerja dakwah ini tidak perlu kepada berjemaah, kerana boleh dibuat secara seorang diri. Tidak perlu dengar mana-mana arahan jamaah. Mempertikaikan mengenai bai’ah dalam gerakan Islam. Tidak perlu bai’ah kerana bai’ah hanya pada zaman Nabi SAW sahaja. Pemikiran ini cuba diterapkan oleh majalah “I” keluaran Krangkraf. Di antara yang mempopularkan idea ini ialah Ustaz Maszlee Malik (Lulusan Jordan, Exco JIM Pusat/Pensyarah Matrikulasi UIA), Hafiz Firdaus (Pilot). Justeru itu, ulama’ muda perlu mesti peka dengan hal ini. Mereka mesti menangkis dakyah ini. Adakah benar dakwaan ini? Ulama’ mesti menjawab dengan nas untuk menolak fahaman ini.

8. Menganggap Tidak berdosa

Apabila menganggap tidak ada apa-apa musibah yang menimpa walaupun kita meninggalkan kerja jihad. Ia merasakan tidak berdosa walaupun tidak berjihad di jalan Allah SWT. Akhirnya, realiti di dalam PAS, ramai pengikut tetapi tidak ramai yang hendak menggerakkan jamaah. Mereka mesti ingat bahawa meninggalkan gerak kerja jamaah adalah satu dosa terutama bila kita membiarkan maksiat berleluasa, kemungkaran di sana sini.

9. Tidak sensitif dengan masyarakat yang sedang sakit

Jika diperhatikan pada hari ini, masyarakat sedang sakit rohani, bukan fizikal. Keadaan masyarakat hari ini yang rosak dari segi akhlak dan moral seperti gejala dadah, dedah, aids, lepak, buang anak, pertandingan ratu cantik, lakonan filem yang mengghairahkan, bohsia bohjan dan banyak lagi wabak-wabak lain. Malahan, masyarakat yang kontang rohani ini turut jahil dalam memahami agama.

Penyakit pada hari ini bukan sahaja pada bidang tertentu malah meliputi seluruh bidang kehidupan. Keyakinan hari ini adalah ekonomi Islam tidak sesuai untuk diamalkan, politik mesti dipisahkan daripada agama. Amalan sosial Islam sudah dinyahkan daripada masyarakat sebaliknya mengaut apa yang ditiru daripada barat. Dalam bidang aqidah, telah berlaku krisis keyakinan kepada kesempurnaan hukum Allah SWT yang mampu memberi kesejahteraan kepada manusia.

Gejala-gejala di atas tidak disedari oleh ulama’ tentang betapa perlu mereka melibatkan diri dalam perjuangan Islam. Sepatutnya mereka mesti berasa terpanggil untuk mengubatnya. Oleh kerana mereka tidak merasakan ini satu penyakit, maka mereka buat tidak kisah dengan apa yang berlaku.

10. Tidak merasakan ini satu Amanah Allah

Setelah agama Allah ini sempurna dengan kewafatan junjungan besar Nabi SAW, maka ia menjadi amanah Allah yang mesti dipikul oleh setiap manusia yang beriman terutamanya golongan ulama’. Sekiranya kita tidak berjihad mempertahankan agama Allah, maka kita akan menerima balasan daripada Allah SWT. Amanah ini mesti dipikul oleh seluruh manusia kerana agama ini adalah untuk menyedarkan seluruh manusia bermula daripada diri sendiri, kaum keluarga dan orang ramai. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada kepada langit dan bumi, serta gunung-ganang untuk memikulnya. Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang kerana tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah! Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.
(Surah Al-Ahzab, 33:72)

Ada di kalangan ulama’ yang tidak merasakan diri mereka wajib berjuang. Sedangkan amanah ini adalah yang paling utama memikulnya adalah ulama’. Apabila perasaan ini tidak ada maka kemungkaran berleluasa, kejahilan di kalangan umat merata.


Hukum Zakat bagi Pelajar

Soalan: Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa membayar zakat sepertimana zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja? Abdullah, GermanyJawapan: Wang biasiswa tidak diwajibkan ke atasnya zakat kerana melibatkan wang perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa berkurang dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul atau tidak cukup setahun yang telah ditetapkan oleh ulama untuk melayakkan ianya dikeluarkan zakat. Apalagi saudara yang bertanya sedang menuntut di negara Germany, yang mana situasi ini amat-amat memerlukan kepada bantuan kewangan dari pihak berkuasa dan umat Islam.

SALAM KENALAN


Assalamualaikum w.r.t

Salawat dan salam ke hadrat Ilahi kerana telah sekian lama saya menginginkan sebuah "rumah kecil" untuk saya meluahkan garapan hikmah saya,diari peribadi, keluarga tercinta serta info-info menarik yang akan saya susuli kelak.